TIDAK ADA KAD DIKELUARKAN TANPA PENGESAHAN KERAJAAN SABAH – JEFFREY

05 Ogos 2022

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat hanya akan mengeluarkan kad kepada warga asing yang telah diluluskan oleh kerajaan Sabah.

“Tiada kad akan dikeluarkan tanpa persetujuan kerajaan negeri,” kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan dalam sidang media selepas Ekspo Ternakan, Akuakultur dan Pertanian Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Jelasnya, kerajaan pusat telah bersetuju menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mendaftar dan meluluskan siapa yang layak diberikan kad. Bagi tujuan ini, kerajaan Sabah akan menubuhkan unit pendaftaran di bawah Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Negeri, Jabatan Ketua Menteri.

“Sebelum ini, kerajaan negeri tidak ada peranan atau kuasa.” Ujarnya.

Katanya, kabinet negeri telah meluluskan rekomendasi Jawatankuasa Khas Pendatang Tanpa Izin dan Warga Asing di Dewan Undangan Negeri yang lalu, termasuklah pembinaan “digital database” profile warga asing dan seterusnya pengeluaran kad.

Perkara ini telah diterima dan disokong oleh antaranya ahli-ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Sesi Town Hall pada bulan Jun lepas.

Dr Jeffrey menjelaskan, walaupun kelulusan dibuat di Sabah, pengeluaran kad itu akan dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk memastikan semak dan imbang.

Mengenai istilah yang akan digunakan untuk mengenal pasti kad warga asing itu, Dr Jeffrey menjawab bahawa tidak akan ada perbincangan mengenainya sehingga proses pendigitalan selesai.

G-Admin

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started