STAR sokong tuntutan Kerajaan Sarawak

Oleh Izwan Abdullah
Februari 22, 2022 @ 4:31pm
bhnews@bh.com.my

(Gambar fail) Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong pendirian Kerajaan Sarawak meneruskan tuntutan supaya satu per tiga daripada jumlah kerusi Parlimen, diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak perlu diberikan 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen di Malaysia, berbanding hanya 25 peratus kini.

Beliau berkata, ia bagi mengembalikan kedudukan asal peratusan kerusi Parlimen ketika awal pembentukan Malaysia bersama Singapura pada 1963, sekali gus melindungi hak dan keistimewaan kedua-dua negeri itu.

Ketika ini, katanya, Sabah hanya ada 25 kerusi Parlimen, manakala Sarawak pula 31 kerusi, daripada keseluruhan jumlah 222 kerusi Parlimen.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1964, Sabah, Sarawak dan Singapura mempunyai 55 kerusi atau 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau menyokong pendirian Kerajaan Sarawak yang mahu meneruskan tuntutan berhubung perkara itu sebagaimana telah dipersetujui sebelum ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started