TIMPANGOH BABAGON BERPOTENSI DIJADIKAN EKO PELANCONGAN

26 November 2023

PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan dalam majlis perasmian Tamu Piombolutan, Tagal Timpangoh Babagon berkata kawaan itu berpotensi bukan sahaja untuk pertanian tetapi juga sebagai eko pelancongan.

Jelasnya produk hasil tani dan kraftangan adalah merupakan produk-produk pelancongan yang menjana ekonomi penduduk kampung.

Kitingan berkata aktiviti pelancongan seperti mendaki bukit, menanam tanaman dan bermain ikan-ikan di sungai diperlukan untuk dijadikan sebagai produk-produk pelancongan.

Jelasnya antara produk yang boleh dihasilkan adalah seperti minuman, makanan dan pakaian tradisi.

Sehubungan dengan itu beliau menggesa agar penduduk kampung bertani untuk menghasilkan produk pertanian dan pelancongan. Di samping itu turut bergiat dalam kraftangan kerana ia bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi merupakan produk pelancongan.

Menurutnya kampung itu perlu mendapatkan nama atau ‘brand’ yang menjadi pengenalan dan tarikan eko-pelancongan di kawasan tersebut.

Menyentuh permohonan jambatan, beliau menjelaskan panduan dan aturan untuk mendapatkan perhatian dan peruntukan samada dari peringkat negeri dan peringkat persekutuan, pada masa yang sama menasihatkan mereka untuk menghantar permohonan.

Sementara itu pengerusi penganjur Joe Sulaiman ketika dihubungi berkata matlamat Tamu Piombolutan di Kampung Timangoh, Babagon ialah menyediakan ruang kepada para petani di luar bandar untuk menjual hasil keluaran mereka.

Menurutnya nama ‘piombolutan’ sudah terkenal diterima oleh masyarakat terutama sekali di laman FaceBook.

“Di samping menjual, para penjual dapat ‘mogiambalut’ (bergaul mesra) untuk perpaduan sejajar dengan slogan kerajaan, dan boleh berinteraksi dengan para pengunjung untuk mengembangkan pandangan baru,” katanya.

Jelasnya tamu pogiombolutan hari ini dijayakan oleh tiga badan iaitu JKKK, SKOD Babagon (kumpulan projek hydroponic kemas, dan Jatawankuasa Tagal Timangoh.

G-Admin

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started