














24 Januari 2024
KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan hari ini berkata majlis Amanat Menteri itu merupakan program penting dalam jadualnya khusus untuk mengeratkan silaturahim dengan anggota perkhidmatan awam Negeri dan Persekutuan yang terlibat dalam sektor pertanian, di samping menyampaikan hala tuju dan pandangan menteri dalam membangun bersama sektor pertanian yang lestari dan mampan.
Kitingan berkata antara dapatan dari pemerhatian beliau ialah jabatan itu yang kini dikenali sebagai “Ministry of Agriculture, Fisheries and Food Industry (MAFFI)” bertanggungjawab bukan sahaja dalam sektor utama dan mengeluarkan makanan tetapi keseluruhan rangkaian makanan termasuklah industri makanan. Namun sikap lama masih terbawa-bawa yang mana pada asalnya mereka hanya pengeluar makanan sehingga kini mereka belum lagi menunjukkan wujudnya penambahan nilai. Justru beliau menggesa mereka menambahkan nilai tersebut di dalam pemikiran mereka.
Sementara itu untuk masalah dan isu yang tidak berupaya ditangani dan diselesaikan di peringkat jabatan kini boleh dibawa ke mekanisme baru Kementerian iaitu Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi MAFFI.
Sehubungan dengan itu Menteri memperingatkan tentang visi MAFFI iaitu menjadi peneraju kepada transformasi sektor pertanian ke arah pengukuhan keterjaminan makanan dan menjadi penyumbang utama ekonomi negeri Sabah, sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Keterjaminan Makanan.
bersambung…
G-Admin