https://wartaoriental.com/2023/11/27/strategi-tingkatkan-ssl-padi-daging-ruminan-sabah/
KKR sentiasa berusaha dapatkan dana agar pembaikan jalan ikut jadual | Warta Oriental
TIMPANGOH BABAGON BERPOTENSI DIJADIKAN EKO PELANCONGAN



























26 November 2023
PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan dalam majlis perasmian Tamu Piombolutan, Tagal Timpangoh Babagon berkata kawaan itu berpotensi bukan sahaja untuk pertanian tetapi juga sebagai eko pelancongan.
Jelasnya produk hasil tani dan kraftangan adalah merupakan produk-produk pelancongan yang menjana ekonomi penduduk kampung.
Kitingan berkata aktiviti pelancongan seperti mendaki bukit, menanam tanaman dan bermain ikan-ikan di sungai diperlukan untuk dijadikan sebagai produk-produk pelancongan.
Jelasnya antara produk yang boleh dihasilkan adalah seperti minuman, makanan dan pakaian tradisi.
Sehubungan dengan itu beliau menggesa agar penduduk kampung bertani untuk menghasilkan produk pertanian dan pelancongan. Di samping itu turut bergiat dalam kraftangan kerana ia bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi merupakan produk pelancongan.
Menurutnya kampung itu perlu mendapatkan nama atau ‘brand’ yang menjadi pengenalan dan tarikan eko-pelancongan di kawasan tersebut.
Menyentuh permohonan jambatan, beliau menjelaskan panduan dan aturan untuk mendapatkan perhatian dan peruntukan samada dari peringkat negeri dan peringkat persekutuan, pada masa yang sama menasihatkan mereka untuk menghantar permohonan.
Sementara itu pengerusi penganjur Joe Sulaiman ketika dihubungi berkata matlamat Tamu Piombolutan di Kampung Timangoh, Babagon ialah menyediakan ruang kepada para petani di luar bandar untuk menjual hasil keluaran mereka.
Menurutnya nama ‘piombolutan’ sudah terkenal diterima oleh masyarakat terutama sekali di laman FaceBook.
“Di samping menjual, para penjual dapat ‘mogiambalut’ (bergaul mesra) untuk perpaduan sejajar dengan slogan kerajaan, dan boleh berinteraksi dengan para pengunjung untuk mengembangkan pandangan baru,” katanya.
Jelasnya tamu pogiombolutan hari ini dijayakan oleh tiga badan iaitu JKKK, SKOD Babagon (kumpulan projek hydroponic kemas, dan Jatawankuasa Tagal Timangoh.
G-Admin
CADANGAN JALAN BANTAYAN/BAMBANGAN INANAM KE JALAN BYPASS KOLOMBONG BUKIT PADANG UNTUK MENGURANGKAN KESESAKAN JALANRAYA
BUKU WATIKAH PENGISYTIHARAN MALAYSIA DITANDATANGANI



16 September 2022
MELAKA: Rakyat Malaysia menyaksikan penandatanganan Buku Watikah Pengisytiharan Malaysia sebagai simbolik sambutan Hari Malaysia edisi tahun ini dan yang pertama kali diadakan di Malaya.
Kerajaan Persekutuan diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan.
Majlis turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan ribuan rakyat keluarga Malaysia.
Acara ini menjadi tradisi setiap kali sambutan Hari Malaysia diadakan sebagai simbolik memperingati sejarah Pembentukan Malaysia, hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.
Buku watikah ini diperkenalkan sejak 2010 dan mengandungi kompilasi watikah yang ditandatangani wakil kerajaan Persekutuan, Sabah serta Sarawak rentetan siri edisi sambutan Hari Malaysia terdahulu. Buku ini disimpan di Jabatan Arkib Negeri Sabah.
Watikah Pemashyuran Malaysia yang pertama ditandatangani Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 16 September1963 dalam Bahasa Malaysia dengan tulisan jawi, dan Bahasa Inggeris. Ia diperbuat daripada kulit kambing berukuran 70 cm panjang dan 50 cm lebar yang kini tersimpan di Arkib Negara.
G-Admin
MALAYSIA PERLU DI-MALAYSIA-KAN













18 September 2022
KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Ahli Parlimen P.180 Keningau dan ADUN N.39 Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Kitingan menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Keningau bagi 2022 hari ini.
Dr Jeffrey berkata “Malaysia belum di-Malaysia-kan lagi” kerana Hari Malaysia hanya dirayakan pertama kali tahun ini di Malaya iaitu di Negeri Melaka. Selama ini hanya Sabah dan Sarawak yang merayakan Hari Malaysia. Hari Malaysia seharusnya dirayakan bersama di seluruh negara kerana ia adalah hari pembentukan Malaysia iaitu 16 September 1963.
Beliau menjelaskan tidak mudah bagi Sabah sampai ke tahap pencapaian hari ini iaitu dari segi memartabatkan hak-hak dan kedaulatan Sabah. Perjuangan bermula dengan memberitahu kepada rakyat tentang hak-hak Sabah, proses pembentukan Malaysia, Laporan IGC, 20 Perkara, aspirasi bapa-bapa kemerdekaan Sabah, Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Malaysia.
Rentetan peristiwa bersejarah telah menunjukkan bagaimana Sabah kehilangan hak-hak setelah menjadi salah satu daripada empat negara bersekutu membentuk Malaysia. 30 tahun terakhir ini merupakan kesedaran dan kebangkitan yang pada mulanya dibendung dengan kuasa politik dan manipulasi media, tetapi perkembangan transformasi teknologi media telah memberi kemudahan sumber maklumat secara meluas kepada rakyat sehingga kesedaran dan kebangkitan tidak lagi dapat dibendung.
Beliau berkata Sabah ke arah mendapatkan kesemua hak-haknya kembali satu demi satu. Perubahan ke atas perlembagaan Malaysia telah mengembalikan hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama taraf, dan dengan perubahan tersebut MA63 menjadi relevant.
Terlebih dahulu Pengerusi Penganjur YB Datuk Annuar Datuk Ayub berkata Sabah dan Sarawak berpandangan 16 September wajar diletakkan pada tempat dan kedudukan yang sewajarnya, kerana hakikatnya inilah tarikh sebenar pembentukan sebuah Negara Malaysia yang berdaulat. Pada tahun 2009 kerajaan telah mengisytiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia dan cuti umum di seluruh negara.
Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Benedict Topin menegaskan bahawa perlu diingati tiga perkara yang terpahat di Batu Sumpah adalah janji keramat, dan dua perkara yang telah dilanggar di sisi perjanjian Batu Sumpah itu ialah dengan kewujudan agama rasmi di Sabah dan pengambilan Pulau Labuan.
Mantan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Mairin Idang @ Martin, mendorong orang-orang muda yang bakal menjadi pemimpin-pemimpin masa depan supaya membaca dan memahami MA63, 20 perkara, laporan IGC dan semua yang berkaitan untuk memperkayakan diri dengan ilmu kerana mereka adalah masa depan Sabah kerana Sabah memerlukan pemimpin-pemimpin bijak, patriotik dan berpendirian.
Turut hadir ADUN N.41 YB Datuk Annuar Datuk Ayub; Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor, YB Robert Tawik; Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Flovia Ng; Presiden KadazanDusun Cultural Association (KDCA) Sabah, Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan; Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson; Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Dr Benedict Topin; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, pemegang-pemegang adat, ketua-ketua kampung dan NGO.
Tetamu istimewa hari ini ialah cucu mendiang Datuk Gerald Samson Sundang, Patricia Chan ditemani ahli-ahli keluarga terdekat.
Ikuti sedutan video sidang akhbar Edisi Khas STARMEDIA hari ini, “TIGA PERKARA KONSTITUSI TERPAHAT DI BATU SUMPAH”.
G-Admin
MKMA63 SAHKAN TUNTUTAN SABAH DAN SARAWAK NISBAH 35 PERATUS KERUSI PARLIMEN

08 September 2022
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan secara talian menghadiri mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) ke lima, yang telah mengesahkan pemulihan nisbah 35 peratus kerusi Parlimen daripada Malaysia Timur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata perkara itu telah dibincangkan semasa mesyuarat MKMA63 kelima yang diadakan di Putrajaya dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah menuntut semakan semula bilangan kerusi parlimen bagi kedua-dua negeri.
Ongkili berkata tugas utama adalah untuk meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya, bahawa isu itu harus disokong kerana ia terdiri daripada satu lagi pemulihan selaras dengan MA63.
Dr Jeffrey berkata nisbah 35 peratus harus dipulihkan selaras dengan MA63. Pada tahun 1965, setelah Singapore keluar daripada persekutuan Malaysia, kerusi parlimen milik Singapura sepatutnya diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan nisbah 35 peratus perwakilan sebagai Perlindungan Berperlembagaan (Constitutional Safeguard).
Tambahnya, sebagai perlindungan berpelembagaan, parti-parti politik dari Malaya tidak sepatutnya datang mengambil kerusi Sabah dan Sarawak yang sudah cukup sikit. Ini akan menghakis ‘perlindungan berperlembagaan’ untuk melindungi hak-hak Sabah dan Sarawak, yang merupakan syarat Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung menubuhkan Persekutuan Malaysia.
Selain perlindungan berperlembagaan, bilangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak juga berdasarkan saiz kawasan dan potensi, bukan penduduk sahaja. Sebagai contoh ialah Keningau yang hanya mempunyai 1 Ahli Parlimen dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi boleh memuatkan Pulau Pinang, Melaka dan Perlis di dalamnya. Pada masa yang sama 3 negeri ini mempunyai 26 Ahli Parlimen dan 83 ADUN.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg juga menegaskan bahawa perkara itu harus ditetapkan berdasarkan kepada semangat pembentukan Malaysia dalam MA63. Penambahan kerusi perwakilan bukan hanya ditentukan berdasarkan kepada kepadatan penduduk tetapi juga keluasan wilayah.
Pada tahun 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi, Sarawak 24 dan Singapura 15, mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi parlimen, manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi adalah milik Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia).
Berdasarkan komposisi semasa, daripada 222 kerusi parlimen, 166 atau 75 peratus adalah di Semenanjung Malaysia manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi adalah untuk negeri Borneo, dengan Sarawak mempunyai 31 dan Sabah 25.
G-Admin
STAR sokong tuntutan Kerajaan Sarawak
Oleh Izwan Abdullah
Februari 22, 2022 @ 4:31pm
bhnews@bh.com.my

(Gambar fail) Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong pendirian Kerajaan Sarawak meneruskan tuntutan supaya satu per tiga daripada jumlah kerusi Parlimen, diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
Presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak perlu diberikan 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen di Malaysia, berbanding hanya 25 peratus kini.
Beliau berkata, ia bagi mengembalikan kedudukan asal peratusan kerusi Parlimen ketika awal pembentukan Malaysia bersama Singapura pada 1963, sekali gus melindungi hak dan keistimewaan kedua-dua negeri itu.
Ketika ini, katanya, Sabah hanya ada 25 kerusi Parlimen, manakala Sarawak pula 31 kerusi, daripada keseluruhan jumlah 222 kerusi Parlimen.
“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1964, Sabah, Sarawak dan Singapura mempunyai 55 kerusi atau 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau menyokong pendirian Kerajaan Sarawak yang mahu meneruskan tuntutan berhubung perkara itu sebagaimana telah dipersetujui sebelum ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Bagi 35 Peratus Kerusi Parlimen Kepada Borneo – Dr Jeffrey

KOTA KINABALU : Sabah dan Sarawak mesti mengekalkan dan memegang sekurang-kurangnya 35 peratus (35%) kerusi di Parlimen bagi melindungi hak dan keistimewaan Borneo.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, peratusan kerusi yang diperuntuk kepada Singapura suatu ketika dahulu seharusnya menjadi justifikasi untuk Sabah dan Sarawak untuk mempunyai lebih banyak kerusi.
Pada pilihan raya umum 1964, Sabah, Sarawak dan Singapura mempunyai 55 kerusi daripada 159 kerusi parlimen untuk gabungan 35 peratus daripada jumlah kerusi.
“DI SABAH, PERWAKILAN INI DIBURUKKAN LAGI DENGAN HAKIKAT BAHAWA MAJORITI KERUSI DIPEGANG OLEH PARTI-PARTI BERASASKAN MALAYA…
“Bolehkah kita memastikan hak perlembagaan kita akan terpelihara apabila kita tahu bahawa Ahli Parlimen wajib mengundi mengikut pendirian parti mereka dalam isu, walaupun ia menjejaskan Sabah dan Sarawak?“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata beliau menyokong pendirian kerajaan Sarawak untuk terus menuntut satu pertiga daripada kerusi parlimen seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dr. Jeffrey berkata STAR sentiasa menuntut perkara ini walau sebelum parti itu mula berkuasa dan akan terus berbuat demikian sehingga misinya selesai.
“Malah, ini juga telah dimasukkan dalam manifesto parti. Kami tidak akan berputus asa dalam tuntutan kami untuk hak ini dan pemulihan kuasa veto kita di Dewan Rakyat,” katanya.
Katanya, sebagai ahli Jawatankuasa Kerja MA63, beliau akan memastikan tuntutan ini diutamakan sebagai salah satu hak kritikal yang mesti dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak.
PRU15 : STAR GUNA LOGO GRS

Kota Kinabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, STAR mengambil pendekatan berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding menggunakan logonya sendiri.
“Kami akan gunakan GRS dan mungkin BN akan gunakan (logo) BN,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan forum Sempena Hari Orang Asal Sedunia di Dewan Datuk Guandee, Sokid Villa, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi GRS dalam pada itu berpendapat jika PRU-15 disegerakan ia akan memberi kelebihan kepada GRS sendiri.
Sementara itu, ditanya mengenai kerusi yang disasarkan STAR, Jeffrey bagaimanapun belum mahu mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi partinya.
“Jangan dulu cakap mengenai kerusi. (Sasaran kerusi) kerana itu rahsia sekarang,” katanya.
bercakap mengenai program yang telah dihadirinya, beliau berharap semua daerah di negeri ini dilengkapi pusat pengumpulan hasil pertanian berasaskan makanan bagi memudahkan Orang Asal memasarkan hasil masing-masing.
“Dari segi ekonomi kita galakkan penyertaan dan peranan Orang Asal dalam perniagaan terutama sekali berasaskan makanan sebab Orang Asal ini kebanyakannya berlatarbelakangkan petani.
“Melalui Korporasi Pembangunan Desa (KPD) di bawah Kementerian Pertanian sudah mula mewujudkan enam pusat pengumpulan setakat ini untuk menjadi satu saluran pemasaran dan pungutan hasil dan seterusnya untuk memproses pengeluaran makanan berasaskan pertanian”, tambahnya.
“Jadi harapan kita setiap daerah mempunyai pusat pengumpulannya sendiri bukan di enam daerah saja bagi memudahkan penduduk kampung tanpa bersusah payah pergi ke tamu dengan harga yang berpatutan,” ujarnya.
Enam pusat pengumpulan itu telah dibuka di Beaufort, Keningau, Kota Marudu, Kundasang, Lahad Datu dan Telupid.