KONSEP RUMAH MESRA SMJ DILANCAR BULAN SEPTEMBER INI : HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ketua Menteri berkata Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju jaya (SMJ).

Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta meliputi ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pelancaran Model Rumah Mesra SMJ itu adalah bersempena dua (2) tahun pemerintahan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN).

Katanya, kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini sedang di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

“Pembinaan Rumah Mesra SMJ yang berkonsepkan Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) ini adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah di kalangan rakyat dalam kategori miskin.

“Kebajikan rakyat adalah keutamaan Kerajaan GRS-BN. Atas sebab itu, saya sering tegaskan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan dasar dan program kerajaan perlu berorientasikan kesejahteraan rakyat, dan golongan miskin tidak akan sesekali dipinggirkan,” katanya.

SEMINAR PERTANIAN PINTAR DAN PENDIGITALAN DI KENINGAU

13 Julai 2022

KOTA KINABALU: Seminar Pertanian Pintar dan Pendigitalan di Keningau akan diadakan pada 19 hingga 20 Ogos 2022. Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan bersama jabatan-jabatan di bawah kementerian mengadakan mesyuarat dengan rombongan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Sabah (SME SABAH) yang diketuai oleh Presiden dan Pengasas SME, Foo Ngee Kee berkenaan Seminar Pertanian Pintar dan Pendigitalan (Outreach Program – Smart Farming and Digitalisation Seminar) hari ini.

Matlamat seminar tersebut ialah memberi maklumat dan pencerahan kepada usahawan tani di Keningau tentang Smart Farming and Digitalisation atau Pertanian Pintar dan Pendigitalan. Antara tajuk-tajuk utama ialah pencerahan mengenai kemudahan atau sumber kewangan, pemasaran dan transformasi pendigitalan. Jumlah peserta yang disasarkan ialah sekitar 150 orang.

Antara penceramah seminar ialah daripada Jabatan Pertanian Sabah, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan Sabah SME Association.

Rombongan SME Sabah terdiri daripada Timbalan Presiden Datuk Tan Kai Teck, Naib Presiden Terrence Chong Kett Chiew, Pengarah Bahagian Keningau Ronny Hiew Ah Choi, Setiausaha Agung Persatuan Lie Chun Vui, Pengarah Acara Goh Choon Keat, Pengarah Hal Ehwal Ahli Tan Hui San dan Pengarah Perhubungan Tan Swee Eng.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Datuk Mariana Tinggal, Pengarah Pertanian Jifrin Hj. Mohamad, Pengurus Besar KPD Jamilah Lee, Pelaburan dan Eksport, Pegawai Sains Makanan Kanan Daisy F. Kim Sung – Seksyen Industri Asas Tani dan Usahawan dan Pengurus Besar KO-NELAYAN Cabrini Chia.

G-Admin

PEMIMPIN STAR MEMPERJUANGKAN HAK SABAH DI BAWAH MA63

11 Julai 2022

KENINGAU: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akhirnya diiktiraf sebahagian besarnya hasil kerja keras aktivis dan pemimpin tempatan yang akhirnya mengasaskan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata sebagai aktivis hak rakyat Sabah dan Sabahan, beliau telah memperjuangkan pelaksanaan penuh MA63 selama hampir 40 tahun.

“Perjuangan untuk MA63 sentiasa menjadi nadi perjuangan kami. Saya tidak kisah apa yang kerajaan persekutuan pada masa lalu lakukan kepada badan dan minda saya. Saya rela melepaskan segala-galanya, saya korbankan semuanya, begitu juga aktivis dan pemimpin lain ketika itu, asalkan suara kita didengari.

“Jika tidak kerana pengorbanan aktivis dan pemimpin, MA63 akan kekal sekadar rujukan bawah dalam buku sejarah pelajar sekolah menengah kita,” katanya pada sambutan Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.

Kitingan, yang juga Ahli Parlimen Keningau, berkata beliau bersyukur kerana kerajaan persekutuan akhirnya reda dengan tuntutan Sabah dan Sarawak dan menubuhkan jawatankuasa khas kabinet untuk membincangkan, membetulkan dan memenuhi tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

Beliau berkata, menyedari bahawa perjanjian itu dibuang begitu sahaja sebagai tidak bermakna dan tidak penting oleh kerajaan persekutuan selama ini, menimbulkan kemarahan beliau, terutamanya kerana perjanjian itu melindungi hak Sabah dan Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Selepas berdekad-dekad dilabel gila oleh lawan-lawan politik saya, saya berasa diakui benar apabila lelaki yang melemparkan saya ke penjara beberapa tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya mengiktiraf kepentingan MA63 kepada rakyat Sabah.

“Saya bangga dan gembira kerana kini, semua ahli politik dan pemimpin di Sabah dan Sarawak telah melihat kepentingan perjanjian ini, dan saya bersyukur kerana kita semua berjuang untuk tujuan yang sama iaitu menuntut semula hak kita,” katanya.

Kitingan berkata pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) untuk mencerminkan bahasa MA63 adalah langkah penting ke arah pelaksanaan penuh perjanjian itu.

Seterusnya, katanya, istilah dalam Perkara 160 harus ditafsirkan dengan betul supaya Malaysia ditakrifkan dengan jelas sebagai persekutuan yang diwujudkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan bukannya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

“Jika ini tidak diperbetulkan, Sabah dan Sarawak akan terus ditakrifkan sebagai wilayah di bawah Tanah Melayu,” katanya.

Kenyataan akhbar oleh Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Presiden Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan

G-Admin

Bung Pertahan Ongkili Daripada Kritikan Warganet

  • Published: November 17, 20211:54 pm
bung-3.jpg

KOTA KINABALU, 22 Ogos — Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO di sini hari ini. — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARAKongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili yang dikritik Ahli Parlimen dan warganet berhubung ‘layanan diskriminasi’ Putrajaya terhadap dua negeri itu, demikian lapor FMT.

Menurut portal berita itu warganet melabel Ongkili sebagai “pro-Putrajaya” dan “pengkhianat” susulan peringatannya diberikan terhadap Ahli Parlimen Sepanggar daripada Warisan Datuk Azis Jamman dan Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan daripada STAR supaya jangan mempolitikkan isu pembangunan di Sabah dan Sarawak hingga “menggugat keamanan negara”.

Bung berkata: “Apa yang beliau katakan itu tepat, yang mana kita sebagai pemimpin atau rakyat biasa mesti berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai bagaimana ingin bersama-sama membangunkan Sabah dan Sarawak.

Katanya kepada FMT, mengecam kerajaan atau menggunakan “kaedah lain” tidak akan membawa hasil yang dimahukan.

“Apabila penduduk Sabah ke luar negara, mereka tidak akan mengatakan mereka dari Sabah tetapi Malaysia. Sebab itu saya bersetuju dengan apa yang dikatakan menteri (Ongkili),” kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu.
Kongsi Bersama

You may also like…

Sabah DCM defends carbon deal, says it will benefit state both environmentally and financially

Julia Chan

Fri, 12 November 2021, 4:53 am·5-min read

Kitingan said that he was determined to see the project through, for the benefit of the state, underscoring its environmental, financial and political benefits. — AFP pic
Kitingan said that he was determined to see the project through, for the benefit of the state, underscoring its environmental, financial and political benefits. — AFP pic

KUALA LUMPUR, Nov 12 — Advocating for a controversial carbon-trading deal involving two million hectares of Sabah’s forests, Deputy Chief Minister Datuk Jeffrey Kitingan said that the project had gone through the state Cabinet and was approved.

Kitingan, who was witness to the signing of the deal with third-party Hoch Standard on October 30, admitted it was not publicised, but added that the NCA was supposed to be announced in January, by the state, when it is scheduled to talk about a policy initiative for a green economy; hence, the low-key signing.

“The CM was given the mandate by the Cabinet,” he said when speaking to Malay Mail.

“It was supposed to be kept discreet while we wait for it to be announced in January, and for us to ascertain whether they can deliver what they say, because it is a pilot project for them, and there are lots of checks that need to be done first,” he said, referring to Hoch Standard and Tierra Australia, the Singapore-based private firm and broker in the deal.

Kitingan denied that he has been hiding the deal from the public, saying that he has been speaking about carbon trading all along, but people have yet to grasp the concept.

“It is not a tangible asset, so I think people don’t understand. But I have been briefing people, on the ground, and I talk about it all the time. I even brought it up in Parliament,” he said.

“There’s nothing to hide. It has to be above board. Auditors need to be brought in to prove how much carbon is in the atmosphere, and both buyers and sellers need to be able to see what is going on at all times. As for the money, the United Nations requires that the profits be spent on the 17 sustainable development goals.”

Kitingan said that the article in conservation website Mongabay, which first exposed the deal, had chosen to emphasise that indigenous communities were left out of negotiations.

The article stated that leaders in Sabah had signed on October 30 a deal to market carbon and other natural capital from more than two million hectares (4.9 million acres) of the state’s forests for at least the next 100 years; granting 30 per cent of the profits to Australian and Singaporean companies while 70 per cent remained with the state.

Malay Mail later reported that the project was not finalised and could not proceed with funding as it did not have the designated area map or addendum to protect the state’s rights that is required to make the contract binding. It also has not touched on how to deal with native customary rights issues.

Defending the project, Kitingan said that the local communities would be mostly unaffected by the deal, as a large part of the forests was protected from commercial activities anyway.

He also said the state government was looking at ways to determine how small landholders could benefit from their land.

“We have been talking to people on the ground. Maybe not in a big way but we have been talking about it. I can assure you it will not affect the indigenous people,” he said.

“It is a protected forest anyway, but we want them to benefit directly from carbon trading also; from their kebun, they can produce oxygen. We want to expand so that everybody with land can benefit.”

Kitingan said that he was determined to see the project through, for the benefit of the state, underscoring its environmental, financial and political benefits.

“This is something that’s right and should be done. No more cutting down trees and contributing to climate change. We can generate our own income from assets that are rightfully ours — land and forests. We don’t want to continually be dependent on the federal government for handouts so we need to be able to earn revenue where we can,” he said.

“They are already talking about legislating carbon. If they can take our oil, then they can take this too.”

Kitingan said that taking on the project would give Sabah the chance of being a pioneer of sorts in this kind of collaboration, stressing it was a win-win deal for the state and global climate change.

“In the past, the state would get revenue by logging its forests, but that is over now. Even with the Forest Management Unit, we get less than RM200 million in revenue now. It is so sad because what can we do with RM200 million?” he said.

He said that with over four million hectares of forests, Sabah would be capitalising on its natural assets in a low-risk, high-returns way, and earning up to RM3.2 billion per year by just putting up two million of its forest coverage to the project.

“That is just for carbon alone. Other aspects of nature capital, non-carbon, are far more valuable, but there isn’t a globally accepted formula to measure those yet. But those can fetch even more later, without the state losing anything in the process,” he said.

“It is creating value from what we have that is not generating any income, and without losing our assets. In fact, we are protecting it for future generations.”

https://malaysia.news.yahoo.com/sabah-dcm-defends-carbon-deal-205305695.html

SabahMajuJaya

  • Admin
Design a site like this with WordPress.com
Get started