KENAIKAN ELAUN ADUN SABAH ANTARA YANG TERRENDAH DI MALAYSIA

22 Julai 2022

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata kenaikan elaun yang dibayar kepada ADUN Sabah adalah antara yang terrendah di Malaysia.

Katanya peningkatan kepada RM11,130 daripada RM7,950 sebulan lebih rendah berbanding dengan Sarawak. ADUN Sabah agak ketinggalan berbanding ADUN Sarawak yang sudah hampir 20 tahun menerima sekitar RM15,000.

“Kasihan juga ADUN kita, bagaimana dapat berfungsi kalau RM7,000 sahaja?” ujarnya. Semua ADUN juga terkesan dengan perkembangan semasa dan rakyat yang terkesan turut datang untuk mendapatkan pertolongan.

Katanya, “Syukurlah ada kenaikan sedikit dan keseluruhannya ia hanya menelan belanja RM5.6 juta.” Tambahnya lagi hasil Sabah menunjukkan sedikit peningkatan dan keputusan ini tepat pada masanya.

G-Admin

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started