









22 Julai 2022
KOTA KINABALU: Jika Enakmen Sumber Air Sabah 1998 dilaksanakan dan dikuatkuasakan, Kerajaan Negeri bakal menerima hasil kutipan sebanyak RM17 juta setahun. Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata demikian dalam sesi sidang akhbar sempena pelancaran buku Pelan Strategik Organisasai JPS Sabah bagi tempoh 2021-2025.
Beliau berkata pelan strategik JPS mempunyai 4 teras dan 23 strategi, dan antara yang menonjol ialah pengurusan air dan penguatkuasaan enakmen Sumber Air Sabah 1998.
Katanya, “Saya sangat gembira melihat inisiatif yang diambil oleh jabatan untuk menghasilkan sebuah pelan stragegik seperti ini selaras dengan program dan hala tuju Kerajaan, Sabah Maju Jaya.”
Buku Pelan Strategik Organisasai JPS Sabah adalah buku pertama mengenai pelan strategik JPS, tambahan lagi akhir-akhir ini isu pengurusan air menjadi bualan masyarakat.
Beliau berkata meskipun enakmen tersebut telah diluluskan pada tahun 1998 namun belum kelihatan penguatkuasaannya. Melalui pelan strategik, Enakmen Sumber Air Sabah 1998 akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada masa terdekat.
Jelasnya lagi enakmen tersebut merangkumi antaranya kawasan rizab sungai, sumber-sumber tadahan air dan penggunaan air. Di bawah enakmen ini juga JPS mempunyai hak untuk memungut royalti.
G-Admin