JAWATANKUASA PEMBANGUNAN EKONOMI ORANG ASAL PERLU DIWUJUDKAN – Jeffrey

22 Ogos 2022

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan menghadiri majlis penutupan Hari Orang Asal Sedunia, forum yang membincangkan beberapa isu antaranya pemerkasaan orang-orang asal terutamanya wanita dari segi politik, ekonomi dan budaya.

Dr Jeffrey berkata dalam sidang akhbar hari ini, jawatankuasa pembangunan ekonomi orang asal perlu diwujudkan demi menjaga kepentingan pembangunan ekonomi orang asal kerana setakat ini hanya terdapat Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang fokus kepada adat dan bukan pembangunan ekonomi orang asal.

“Perlu diwujudkan mekanisme pembangunan ekonomi orang asal supaya dapat membawa mereka ke persada ekonomi perdana. Saya akan membawa perkara ini kepada kabinet kerajaan negeri.”

Beliau berkata hampir semua ahli kabinet kerajaan negeri hari ini terdiri daripada orang asal. Kerajaan mengharapkan dan menggalakkan penyertaan orang asal memainkan peranan dalam perniagaan terutamanya berasaskan makanan.

“Orang asal kebanyakannya berlatarbelakangkan sebagai petani. Beberapa forum telah diadakan dan satu daripadanya ialah Agriculture Transformation and Digitalization yang telah diadakan di Keningau.”

Para peserta telah dibawa melawat ke beberapa tempat perniagaan yang berjaya dan berasaskan pertanian. Institusi kewangan turut hadir untuk memberi maklumat dan khidmat nasihat tentang kaedah pinjaman kewangan kadar interest serendah 3% yang disalurkan oleh kerajaan melalui Agro Bank. Sementara itu Sabah Credit Corporation turut menjadi agen penyaluran kewangan daripada bank negara.

Kini Koperasi Pembangunan Desa (KPD) turut menyediakan enam Pusat Pemungutan Hasil Tani iaitu di daerah Kundasang, Kota Marudu, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, dan Telupid. Beliau mengharapkan bukan setakat enam sahaja tetapi setiap daerah memiliki Pusat Pemungutan Hasil Tani sendiri untuk rakyat, terutama sekali untuk orang asal di perkampungan menghantar hasil tani mereka. Dengan demikian orang asal mendapat harga yang lebih baik, tidak perlu bersusah-payah ke pasar-pasar dan dapat menjimatkan kos.

“Inilah antara aktiviti dan peranan kerajaan GRS untuk membantu rakyat kita di luar bandar terutama sekali orang asal.”

Jelasnya, kerajaan telah meletakkan syarat kepada semua pelabur bukan sahaja untuk melabur dalam perniagaan tetapi turut menyediakan mekanisme melibatkan orang asal sebagai petani kecil di samping mereka sebagai pelabur dan pemaju utama.

“Orang asal kebanyakannya mempunyai tanah tetapi mereka tidak menghasilkan secara ekonomi, dan pelabur boleh membantu memajukan tanah mereka. Sebagai contoh, pelabur sanggup memberi benih dan membeli semula hasil mereka.”

“Contoh lain ialah pelabur Sacha Inchi tidak mempunyai bekalan hasil tani yang mencukupi untuk diproses dan dieksport. Pelabur menggalakkan orang asal untuk membangunkan tanah mereka dengan menanam Sacha Inchi. Selepas enam bulan mereka boleh mulai menjual hasil kepada pelabur utama. Setiap bulan anggaran hasil ialah 600 kg, harga sekilo ialah RM5 yang bererti pendapatan sebulan ialah RM3,000 atau RM36,000 setahun. Sekiranya orang asal menanam 5 ekar maka pendapatan bulanannya ialah RM15,000.”

“Inilah cara kerajaan GRS cuba membantu, menaik taraf dan memperkasakan rakyat terutamanya orang asal.”

G-Admin

STESEN PENYELIDIKAN BERPOTENSI EKOPELANCONGAN

20 Ogos 2022

TAWAU: Stesen Penyelidikan Pertanian Quion Hill berpotensi untuk mempelbagaikan operasinya dan termasuklah ekopelancongan terutama bagi para penyelidik asing yang berminat dengan buah-buahan tempatan.

Bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan ulang tahun ke-65 stesen itu di sini hari ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata pusat itu juga merupakan pilihan menarik bagi penggemar makanan yang ingin mencuba beberapa jenis buah-buahan baharu pusat itu.

“Saya yakin ekopelancongan akan membantu mempromosikan stesen dan kajian yang dijalankan di sini kepada khalayak yang lebih luas. Kami hanya perlu menaik taraf beberapa kemudahan untuk menjadikan tempat ini lebih menarik,” katanya.

Beliau berkata sejak penubuhan stesen itu pada 1957, ia telah memperkenalkan beberapa jenis buah-buahan yang boleh didapati secara komersial termasuk dua jenis avokado dan pisang raja pada 2012, dua klon salak pada 2014, dua klon sukun pada 2019, dan satu klon durian berdaging merah dan klon nangka dalam 2021.

“Saya juga gembira kerana, sempena ulang tahun stesen itu, kami melancarkan dua jenis buah baharu hari ini: varieti alpukat QAV 3 dan varieti tarap QTRP 1.

“Kedua-dua jenis itu adalah hasil kajian selama 20 tahun di stesen ini. Buahnya lebih besar, mempunyai tempoh matang lebih pendek dan lebih tahan penyakit,” katanya.

Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, berkata varieti makanan baharu dan lebih produktif seperti QAV 3 dan QTRP 1 adalah penting ketika Sabah perlu memastikan keselamatan makanan.

Beliau menyatakan bahawa banyak negara terpaksa menghentikan aktiviti pembuatan akibat wabak itu, yang mana mendatangkan malapetaka kepada pelbagai rangkaian ekonomi termasuk pengeluaran makanan, antara 2020 dan 2021.

“Ia juga membuka mata kita kerana, walaupun tiada kekurangan makanan di Sabah, tahap sara diri (SSL) kita masih terlalu rendah, dan kita berada di bawah belas kasihan pengeksport makanan di negara lain. Kita masih mengimport 75 peratus beras kita, 74 peratus daging dan lain-lain.

“Ini adalah masalah, tetapi ia juga peluang bagi kita mencari jalan untuk memberi makan kepada diri sendiri kerana sebarang gangguan dalam pengeluaran makanan global akan meletakkan kita dalam bahaya,” katanya.

Beliau berkata Sabah mempunyai banyak tanah yang boleh diusahakan, yang boleh membantu mengelakkan krisis makanan, dan pengeluaran makanan perlu ditingkatkan bukan sahaja untuk memenuhi permintaan semasa tetapi juga untuk menyimpan stok bekalan masa depan.

“Salah satu kaedah adalah dengan menggalakkan pelabur tempatan dan asing untuk melabur dalam pengeluaran makanan. Kita mempunyai banyak tanah ragut; di Tambunan sahaja, kita mempunyai 25,000 ekar tanah ragut. Malah banyak lagi di daerah lain. Jadi potensinya sangat besar.

“Kita juga sedang mencari cara untuk bekerjasama dengan syarikat kelapa sawit. Kelapa sawit kini ditanam di atas 1.8 juta hektar tanah pertanian kita. Jika hanya 10 peratus daripada tanah itu ditukar kepada penanaman padi, ia boleh memberi kesan besar kepada SSL padi kita,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan melalui kementeriannya sentiasa bersedia membantu penggiat industri pertanian misalnya seperti membina jalan ke ladang mereka, menyediakan benih hasil tinggi dan perkhidmatan latihan.

Turut hadir ialah Penolong Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib dan Hendrus Anding, setiausaha tetap Datuk Mariana Tinggal dan Pengarah Jabatan Pertanian Jifrin Mohamad.

Kenyataan akhbar oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan

G-Admin

JADILAH USAHAWAN BUKANNYA PEKERJA, KATA JEFFREY KEPADA GRADUAN IATC

18 Ogos 2022

KOTA KINABALU: Graduan Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (IATC) perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di pusat itu untuk memulakan perusahaan pertanian sendiri berbanding mencari pekerjaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata pelatih di IATC telah dilengkapi dengan pelajaran berharga, bukan sahaja mengenai pertanian tetapi juga keusahawanan.

“Ini kerana tujuan utama pusat ini adalah untuk melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing. Oleh itu, kursus-kursus telah dibina dan direka berasaskan kepada matlamat ini. Pelatih telah dikenal pasti dan dipilih berdasarkan potensi mereka sebagai usahawan tani.

“Ini bermakna pelatih yang tamat pengajian hari ini, sudah mempunyai bakat dan potensi untuk menjadi usahawan tani yang berjaya. Jadi, saya harap mereka tidak mensia-siakan bakat ini dengan menghadkan diri mereka sebagai pekerja sepanjang hayat,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen IATC ke-26 di Wisma Wanita di sini hari ini.

Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan mengucapkan tahniah kepada semua 49 graduan dan menggalakkan mereka untuk terus menambah pengetahuan mereka dengan kemahiran lain seperti pemasaran digital untuk memanfaatkan platform baharu seperti media sosial untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Beliau juga menggesa mereka untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan kewangan dan mengetahui syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan kerajaan dan agensi-agensi lain seperti Sabah Credit Corporation dan AgroBank yang boleh membantu mereka dalam membiayai projek mereka dengan pinjaman faedah rendah.

“Saya gembira kerana pelatih di IATC didedahkan dengan amalan pertanian moden seperti akuaponik dan hidroponik. Saya yakin ia bukan sahaja mendedahkan mereka kepada teknologi baharu, malah meningkatkan keyakinan mereka untuk melaksanakan projek serupa pada masa hadapan,” katanya.

Menurut Guru Besar IATC Jiffrin Mohamad, 49 pelatih telah menyertai lima projek inkubator berbeza yang telah menjana pendapatan kasar RM117,934.90, yang tertinggi sejak pusat itu memulakan projek inkubatornya pada 1996.

Dalam acara tersebut, Elfy Elniora Monis dinobatkan sebagai pelatih terbaik IATC 2021/2022 (keseluruhan), Ainelyn Anthony (pelatih terbaik – akademik), Norhalizah binti Mungkit @ Saidi (anugerah usahawan terbaik – industri tanaman), Md Azahari bin Ajit (anugerah usahawan terbaik – ternakan ikan air tawar), Mohd Affendy Al-Nizam (anugerah usahawan terbaik – ternakan dan pemprosesan telur masin), Lickfizol S Laitin (anugerah usahawan terbaik – penanaman tumbuhan, landskap dan fertigasi) dan Bryan Balasius (anugerah usahawan terbaik – pemprosesan makanan dan pengurusan kafe).

*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Penglima Dr Jeffrey G Kitingan

G-Admin

KOPERASI STAR BERHAD BAKAL TEMBUSI PASARAN LUAR NEGERI

8 Ogos 2022

SEREMBAN: Koperasi Star Sabah Berhad bekerjasama dengan usahawan lokal akan mengekspot halia mentah dan halia serbuk ke Australia, United Kingdom dan Arab Saudi. Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan dalam kunjungannya ke pameran Koperasi Star Sabah Berhad di MAHA 2022 merasa bangga dengan perkembangan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Koperasi Star Sabah Berhad, Datuk Dr Saiman Sandah berkata sebanyak 100 tan halia perlu disediakan setiap minggu untuk memenuhi permintaan luar negara. Untuk tujuan ini Koperasi akan mewujudkan pusat pengumpulan hasil di setiap daerah dan mencadangkan agar setiap keluarga menanam seekar halia.

Katanya selain daripada halia yang sihat dan berkualiti ekspot, halia-halia yang ditolak (rejected) turut dibeli untuk dijadikan makanan ayam. Dengan itu tidak ada yang terbuang kerana semua mempunyai harga dan kegunaan.

Koperasi turut mengusahakan jagung kerana terdapat permintaan dalam dan luar negara yang tinggi. Kini ia bukan sekadar makanan binatang tetapi juga sebagai makanan pengganti soya untuk manusia.

Untuk memenuhi keperluan semasa, Koperasi memerlukan kawasan penanaman jagung seluas 10 ribu ekar di Sabah.

Selanjutnya kerjasama dengan Dr Norman Marketing Sdn Bhd, Datuk Dr Saiman berkata, “Produk-produk mereka juga akan turut dipasarkan di Sabah dan antaranya ialah Minyak Kelapa Dara (VOC) dan Madu Propolis.”

G-Admin

TIDAK ADA KAD DIKELUARKAN TANPA PENGESAHAN KERAJAAN SABAH – JEFFREY

05 Ogos 2022

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat hanya akan mengeluarkan kad kepada warga asing yang telah diluluskan oleh kerajaan Sabah.

“Tiada kad akan dikeluarkan tanpa persetujuan kerajaan negeri,” kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan dalam sidang media selepas Ekspo Ternakan, Akuakultur dan Pertanian Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Jelasnya, kerajaan pusat telah bersetuju menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mendaftar dan meluluskan siapa yang layak diberikan kad. Bagi tujuan ini, kerajaan Sabah akan menubuhkan unit pendaftaran di bawah Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Negeri, Jabatan Ketua Menteri.

“Sebelum ini, kerajaan negeri tidak ada peranan atau kuasa.” Ujarnya.

Katanya, kabinet negeri telah meluluskan rekomendasi Jawatankuasa Khas Pendatang Tanpa Izin dan Warga Asing di Dewan Undangan Negeri yang lalu, termasuklah pembinaan “digital database” profile warga asing dan seterusnya pengeluaran kad.

Perkara ini telah diterima dan disokong oleh antaranya ahli-ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Sesi Town Hall pada bulan Jun lepas.

Dr Jeffrey menjelaskan, walaupun kelulusan dibuat di Sabah, pengeluaran kad itu akan dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk memastikan semak dan imbang.

Mengenai istilah yang akan digunakan untuk mengenal pasti kad warga asing itu, Dr Jeffrey menjawab bahawa tidak akan ada perbincangan mengenainya sehingga proses pendigitalan selesai.

G-Admin

SABAH PERLU 10 BILION UNTUK CAPAI 60% BERAS SARA DIRI MENJELANG 2030

31 Julai 2022

KOTA KINABALU: Dengan sumber kewangan yang mencukupi, Sabah mampu mencapai tahap sara diri beras (SSL) sebanyak 60% menjelang 2030, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Beliau menyuarakan keyakinannya dalam satu kenyataan hari ini berhubung strategi kerajaan, termasuk meningkatkan produktiviti beras dan hasil menggunakan teknologi, mekanisasi dan automasi.

Pelan itu akan menyaksikan padi ditanam dua kali setahun secara berperingkat, mengikut tahap pembangunan sistem pengairan, menggunakan varieti benih padi hasil tinggi dan memulihkan kawasan sawah terbiar.

“Kementerian sedang berusaha melalui Jabatan Saliran dan Pengairan untuk menaik taraf sistem pengairan dan saliran sedia ada serta membina sistem pengairan dan saliran baharu untuk kawasan seluas 17,805 hektar.

“Strategi lain termasuk mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta meluaskan kawasan fizikal sawah padi. Ini termasuk cadangan untuk membangunkan 11,000 hektar ladang padi di Felda Lahad Datu,” katanya.

Menteri Pertanian dan Perikanan itu berkata inisiatif ini dijangka menelan belanja RM10 bilion, termasuk kerja infrastruktur pengairan dan saliran, subsidi baja, input dan jualan, serta pelbagai mesin dan pembajak.

Pada masa yang sama, kerajaan Sabah juga berazam untuk meningkatkan pengeluaran jagung kepada 3.68% pada 2025, dan 14.88% menjelang 2030.

Negeri ini mengeluarkan 0.01% daripada keperluan jagung tahun lepas, dengan hanya 14 hektar tanah yang dikhaskan untuk tanaman itu, menghasilkan 14 MT berbanding jumlah permintaan tahunan sebanyak 153,151 MT.

“Sebagai permulaan, kawasan penanaman sedia ada seluas 14 hektar mesti dipelihara, menambah 1,160 hektar lagi (termasuk 1,000 hektar daripada sektor swasta) sebagai kawasan penanaman baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Terdapat juga keperluan untuk memodenkan sektor ini dengan menggantikan sistem pengairan konvensional dengan sistem pemercik dan menggunakan jentera pertanian yang canggih, amalan pertanian yang baik, dron untuk pembajaan dan kawalan perosak dan penyakit, dan varieti yang menghasilkan hasil tinggi.

“Sememangnya, kita memerlukan penyertaan aktif dan pelaburan daripada sektor swasta, khususnya syarikat utama dalam sektor tanaman jagung bijirin, untuk ini berjaya,” kata Kitingan.

Dari segi komoditi susu, Sabah menganggap dirinya berdikari dengan kadar pengeluaran melebihi 100%, menghasilkan 8.435 juta liter susu tahun lepas, atau 115.63% daripada SSL.

Jelas menteri, isu penutupan petani kecil bukanlah trend buruk kerana ia boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran, kawalan penyakit, pengurusan ternakan, dan pengurusan pencemaran.

Oleh itu, walaupun bilangan petani telah menurun kepada 30 orang, ini tidak menjejaskan kapasiti pengeluaran susu segar Sabah.

Kitingan berkata, isu petani kecil menutup ladang mereka bukan perkara baharu kerana disebabkan kos operasi, makanan dan kekurangan buruh yang lebih tinggi – diburukkan lagi dengan kenaikan kadar gaji minimum.

Tambahan pula, kecenderungan dalam industri ternakan global menunjukkan penurunan bilangan penternak kecil, dengan ladang komersial dengan pemilikan ternakan yang lebih tinggi menggantikan mereka.

Penternak kecil sering tidak dapat mengembangkan operasi mereka kerana cabaran seperti kekurangan kemahiran dan pengetahuan dalam kewangan dan pemasaran. Akibatnya, ramai petani kecil terpaksa menghentikan operasi mereka dan menjual ternakan mereka ke ladang yang lebih besar.

“Walaupun bilangan penternak berkurangan, bilangan lembu di ladang swasta yang besar telah meningkat. Trend global ini juga dilihat di Sabah dan subsektor ternakan lain seperti ayam itik dan khinzir,” katanya.

Melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Kitingan menggesa syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta mengambil bahagian dalam meningkatkan populasi ternakan dengan bantuan kerajaan persekutuan melalui Program Borneo Dairy Valley yang bermula pada 2023-2024.

“Setakat ini hanya dua syarikat GLC yang memohon iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sabah dan Desa Keningau Livestock Industries Sdn Bhd.

“Program Lembah Tenusu Borneo akan melonjakkan industri tenusu tempatan ke tahap baharu,” katanya.

Kitingan berkata jabatan itu akan terus melaksanakan dan mengemukakan cadangan peruntukan lanjut bagi projek meningkatkan pengeluaran susu dan seterusnya populasi ternakan ruminan di Sabah.

GLC bertindak balas positif terhadap program integrasi ternakan di bawah tanaman seperti kelapa sawit, malah ada juga yang menyediakan modal pelaburan mereka sendiri untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan sumber pendapatan mereka.

The Vibes, 31 Julai 2022

What use is MA63 if it’s not respected, Kitingan asks

Call for new deal stems from lackadaisical effort to honour existing terms, says Sabah DCM

Updated 18 hours ago · Published on 27 Jul 2022 3:22PM · 0 Comments

Datuk Seri Jeffrey Kitingan says he proposed the new Malaysia Agreement at a time when he saw the agreement was not being investigated and honoured. – The Vibes file pic, July 27, 2022

KOTA KINABALU – The need for a new Malaysia Agreement is irrelevant to the federal government’s assurance to maintain the Malaysia Agreement 1963 (MA63), said Keningau MP Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

The Sabah deputy chief minister, who admitted having proposed a new agreement, said his call for a new deal stemmed from the lackadaisical effort to honour and implement the terms in MA63.

“I wish to clarify here. Indeed, I proposed a new (Malaysia) deal, but it was done at a time when I saw the agreement was not being investigated and honoured.

“What use is the deal if it is not respected?”

On May 7 last year, Jeffrey had proposed a new federal constitution and Malaysia Agreement as the terms have not turned out as aspired after 58 years.

Ongkili had said there was no need for a new Malaysia Agreement as the government is now looking into realising the terms of the deal, adding that proposing a new agreement would also distort the national struggle. – The Vibes, July 27, 2022

KENAIKAN ELAUN ADUN SABAH ANTARA YANG TERRENDAH DI MALAYSIA

22 Julai 2022

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata kenaikan elaun yang dibayar kepada ADUN Sabah adalah antara yang terrendah di Malaysia.

Katanya peningkatan kepada RM11,130 daripada RM7,950 sebulan lebih rendah berbanding dengan Sarawak. ADUN Sabah agak ketinggalan berbanding ADUN Sarawak yang sudah hampir 20 tahun menerima sekitar RM15,000.

“Kasihan juga ADUN kita, bagaimana dapat berfungsi kalau RM7,000 sahaja?” ujarnya. Semua ADUN juga terkesan dengan perkembangan semasa dan rakyat yang terkesan turut datang untuk mendapatkan pertolongan.

Katanya, “Syukurlah ada kenaikan sedikit dan keseluruhannya ia hanya menelan belanja RM5.6 juta.” Tambahnya lagi hasil Sabah menunjukkan sedikit peningkatan dan keputusan ini tepat pada masanya.

G-Admin

KERAJAAN NEGERI BAKAL TERIMA RM17 JUTA SETAHUN MELALUI ENAKMEN SUMBER AIR SABAH 1998

22 Julai 2022

KOTA KINABALU: Jika Enakmen Sumber Air Sabah 1998 dilaksanakan dan dikuatkuasakan, Kerajaan Negeri bakal menerima hasil kutipan sebanyak RM17 juta setahun. Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata demikian dalam sesi sidang akhbar sempena pelancaran buku Pelan Strategik Organisasai JPS Sabah bagi tempoh 2021-2025.

Beliau berkata pelan strategik JPS mempunyai 4 teras dan 23 strategi, dan antara yang menonjol ialah pengurusan air dan penguatkuasaan enakmen Sumber Air Sabah 1998.

Katanya, “Saya sangat gembira melihat inisiatif yang diambil oleh jabatan untuk menghasilkan sebuah pelan stragegik seperti ini selaras dengan program dan hala tuju Kerajaan, Sabah Maju Jaya.”

Buku Pelan Strategik Organisasai JPS Sabah adalah buku pertama mengenai pelan strategik JPS, tambahan lagi akhir-akhir ini isu pengurusan air menjadi bualan masyarakat.

Beliau berkata meskipun enakmen tersebut telah diluluskan pada tahun 1998 namun belum kelihatan penguatkuasaannya. Melalui pelan strategik, Enakmen Sumber Air Sabah 1998 akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada masa terdekat.

Jelasnya lagi enakmen tersebut merangkumi antaranya kawasan rizab sungai, sumber-sumber tadahan air dan penggunaan air. Di bawah enakmen ini juga JPS mempunyai hak untuk memungut royalti.

G-Admin

Kitingan lodges formal apology for misleading statement on Hoch Standard


By STEPHANIE LEE
SABAH & SARAWAK
Monday, 18 Jul 2022 1:58 PM MYT

KOTA KINABALU: Tambunan assemblyman Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan has filed a public apology with regards to an unintentional misleading statement he made during the state assembly meeting in December last year.

During that meeting, he had said that the paid-up capital for Hoch Standard Pte Ltd – a Singapore-based company to oversee the controversial Nature Conservation Agreement (NCA) deal – was USD$10mil (RM44.51mil).

However, Sri Tanjong and Elopura assemblymen Justin Wong and Calvin Chong had filed a complaint to the state legislative assembly Speaker that this statement was confusing and had urged for Jeffrey to be brought before the Rights and Privileges Committee.

Speaker Datuk Kadzim Yahya said when the complaint was filed on March 3, this year, there was no ongoing sitting.

“So, we got Tambunan assemblyman Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan to respond and explain,” he said at the state assembly sitting here, Monday (July 18).

Jeffrey was also asked to produce proof and supporting documents with regard to the statement mentioned.

Jeffrey on April 27 responded that after going through his documents on Hoch Standard Pte Ltd, he found out that the USD$10mil was actually the company’s total investment value, and not its paid-up capital.

STARPICKS
SPEEDING UP TRADITIONAL TRADE WITH…
The NCA and Hoch Standard has been an ongoing issue in Sabah, with many seeing it as a con-job.

This NCA, which would first see some 600,000ha of Sabah’s totally protected areas used to market carbon and other natural capital by the Singapore-based private company, was set to be in force for the next 100 years, if approved.

Among the details of the apology given to the state Speaker were as follows:-

“State Speaker, first and foremost I would like to thank you for allowing me to make a public apology. During the sitting Dec 8, when it was my turn to wind up my speech, I had unintentionally and without intent said that the paid-up capital was USD$10mil.”

He said he had mentioned this as the issue was brought up several times in the sitting at that time.

He said that when he was giving out that information, he believed it was accurate and true and that he thought that his interpretation of the information provided was correct.

It was later going through the documents again after he was asked to provide supporting documents to the state Speaker that he realised it was misunderstood.

For this, Jeffrey said he was sorry and applied for the previous statement recorded in the state assembly hansard to be amended.

Kadzim had earlier explained that before a person can be brought before the Assembly Rights and Privileges Committee, three elements had to be fulfilled.

“The statement mentioned must be misleading or confusing to the assembly, that the person making the statement must know that the statement is incorrect when making the statement, and that he meant to confuse or mislead the assembly when making the statement,” he said.

He said after going through the response and evidence provided, it was decided that Jeffrey did not intend to mislead the assembly when making that statement at that sitting.

Kadzim said although the statement was not made intentionally to mislead the assembly, this case cannot act as a precedent for future case complaints or decisions.

On a suggestion by Tungku assemblyman Assaffal Alian to have Jeffrey read his apology letter himself as he was also present, the Speaker said he had received, read and understood the apology letter and that he himself had accepted the apology.

Design a site like this with WordPress.com
Get started